Thursday, January 29, 2009

Pasar Malam

Semalam saya dan sahabat terbaik 2 orang saya itu telah ke pasar malam. Tapi kami tidak pergi pada waktu malam. Kami ke sana pada waktu petang. Maka, kami telah ke pasar petang sebenarnya. Kami membeli belah agak banyak. haha. Kami tamak. Semuanya kami mahu. Tapi, yang paling tamak semestinya lah saya. Kerana perut saya waktu itu sudah menyanyikan lagu keroncong nusantara.


Maka, saya telah membeli kerepok lekor, sate ikan, kuih muih, air kelapa, murtabak ayam dan juga sambal kerang (Ini kerana saya menghidapi anemia, maka sahabat handai saya telah memaksa saya memakan banyak kerang supaya badan saya produce banyak darah, kata mereka. haha. Maka saya pun terpaksa belilah. Nasib baik sedap).
Dan saya juga telah memaksa Nazirah untuk belanja saya putu bambu. Saya sungguh berterima kasih kepada dia. Itu adalah kegemaran saya. =)



Sambal kerang yang sedap! Boleh dimakan begitu sahaja!





Ini adalah hasil tangkapan kami. Semuanya kami sapu! hehe





Sekian coretan saya kali ini!


XOXO,
S.

4 comments :

  1. hahahahaa. CPCP?? apakah??

    xoxo = kiss hug kiss hug

    so..

    cpcp = cium peluk cium peluk, eh?

    heheehe.. kelaka la =)

    ReplyDelete
  2. ni pasar malam kat uia ker......rindunyer nak g pasar malam belakang tu...

    ReplyDelete
  3. haha.
    yup! u got that right! ;)

    ReplyDelete
  4. sedapnye sate ikan.. lama betol xjumpa bende nih.. huhuhuhu.. teringat zaman kecik² dulu..

    ReplyDelete

Copyright © 2014 Shazwani Hamid's Blog