Saturday, February 13, 2010

Of Stereotype and Sombong.

Hello.



Sudah lama betul saya tidak meng-update blog ini, kan? Maaf. Saya sangat busy. Ada banyak kerja yang perlu dilangsaikan dan peperiksaan pertengahan semester yang berderet-deret. Lagi pun, sejak kebelakangan ini, saya agak kurang sihat mentally, physically and emotionally. Saya muntah-muntah (Ceh.. bunyi macam banyak sangat je. Padahal 2 kali je) sebab gastric hari itu. Dan asyik migraine saja. Dah la tambah tambah cuaca sekarang memang sangat panas ya rabbi ya karimSelamat. Maka..saya asyik rasa macam nak marah je. Lantas, tidak ada mood untuk meng-update blog ini. Haihh. Dan masalah lain pun sudah mula mengacau hidupku kembali. Hati tidak tenang. Adeh. Tapi tidak mengapa. Saya wanita kuat (lah sangatt). Heee =P

Anyway.. I had a good talk with one of my buddies the other day. We talked about partners and love life and those qualities that most people want in their partner/lover. I'm glad to know that he loves his girlfriend so much that he wanted to get married as soon as possible. How comel is that? Yela, my friend tu jenis yang gila gila punya type. Yang kalau tengok dia, macam boleh agak dia bukan jenis nak kahwin cepat cepat. Jenis yang suka nak have fun dulu. (Sorry weh aku judge kau. heee. Sebab kau pun suka judge aku dulu. hahaha =P ). But seriously, after hearing he talked about marriage and stuff and that dia tak sabar nak grad la, nak kerja la, nak kahwin la kan, made me realized about something.. Wow, love can really change someone, ey? How come I never felt that way? How come bila saya kenal kenal dengan siapa siapa pun (haha. macam banyakkk je. padahal berapa kerat je. hee), agak susah untuk saya rasa macam tu? Hati keringkerasbatu ke apa aku ni? Ke sebab...like they said.. belum jumpa 'the one' kot? Sebab yang saya dengarlah kan.. Kalau dah jumpa 'the one' tu, mesti boleh rasa kat hati, kat dada, kat jantung, kat boobs dan kat pankreas. Tapi saya tak pernah pun rasa macam tu?

Ke sebab aku ni memang tak reti dan tongong sangat dalam bab bercinta? hahah ;p

Hurm.. entahlah.

All I know is, I want to be happy. No.. salah ayat tu. I want to feel happy. Because literally, I AM happy. I know, that I'm not a miserable b*tch. hehee. It's just that, emotionally..I don't feel that happy. Eh..apa ayat aku ni weyy. Ahhh..susahlah nak explain. haha. Tidak mengapa, saya je yang tahu. =)

Anyway enough about that. Saya tidak boleh komen panjang panjang kat sini. Banyak mata melihat dan membaca. Nanti salah faham pula. Dah la memang saya selalu susah nak menyampaikan apa yang saya rasa. Lepas tu kang..kalau orang tu interpret lain dan saya maksudkan yang lain kang... Dahhh lain pulak jadinya. Because I don't think I'm explaining it right. haha! Lantak lah. So baik diam tentang topic ini di sini sahaja. =P

So anyways..

Masa borak borak dengan my friend tu, dia ada cakap tentang diri saya yang menyebabkan saya terfikir 23 kali. Saya tanya dia berbagai bagai soalan tentang saya. Sebab rasa macam tidak puas hati bila ada seseorang berkata sesuatu kepada saya yang saya agak tak berapa nak berkenan. Umm..saya tak reti nak put in words and cerita satu satu kat sini la, kamu semuaa. Saya hanya akan bercerita melalui conversation kitorang, kay.

So.. one of the question was, "Weh, kalau kau tak kenal aku kan..apa yang kau anggap and nampak kat aku?" Pastu dia cakap satu je. "Sombong"

Dia cakap, muka saya nampak sombong. Cara saya nampak sombong. Dia cakap jenis yang macam nampak 'pilih bulu'. Yeesh. Cukup tak suka orang cakap aku sombong lah. Weh sumpah weh, aku tak sombong langsung dowh. Aku cukup anti orang yang sombong. Aku tak pernah sekali pun dalam hidup aku, aku nak pilih kawan. Aku kawan/tegur je dengan semua orang.
Sumpah. (Haa..siap bersumpah dah aku ni.)
Ye lah. My parents thought me well. I love to see how my mum and my dad with people. Mereka bukan jenis pilih bulu. Sikit pun tak. Eh japp..pilih jugak la. Yang macam perangai teruk teruk tu. Mereka tak kawan (macam saya la. haha). But really, my mom and my dad sangat hebat. Saya salute cara mereka. I want to be like them. =)
Cuma.. saya agak tak berapa suka orang label saya itu ini just because kamu tak kenal saya macam mana. Kenal/kawan lah dulu beb. This implies to everyone out there yang suka sangat judge orang lain sebelum kenal.

Takde la, sebab to be honest with you, saya agak penat dah la dengar orang asyik cakap saya sombong dan sebagainya. Yang kelakar tu sebab orang orang yang cakap saya sombong tu semuanya yang tak pernah berbicara dengan saya walau sebutir perkataan. I mean..cakap borak betul betul lah. Bukan setakat tahu nama saya. Haihh.. Manusia manusia.. Suka betul judge orang.
How am I supposed to say hi to you if I don't even know youu? Hmm... Kamu nak kenal/nak kawan dengan saya, kamu lah yang tegur saya dulu.. hee ;p

Eh cop..ke sebab aku tak bercampur orang sangat? Erkk..

Ohh. Rightttt.

Lupa. Saya pemalu sebenarnya. Tapi bukan sombong! (There's a huge difference between sombong and pemalu hokay!)

But... as far as I knoww.. aku tegur je pak guard pak guard sekalian, siap angkat tabik lagi - baik di UIA atau yang kat rumah punya, pastu all my maids sepanjang saya dibesarkan semua cakap mama dan saya yang paling baik sekali (haha! Ok ini memang angkat bakul! Ye la. Bangga siot orang cakap kita baik. haha. Tak percaya, tanya my mum! heeee. Takde lah, maybe sebab saya suka tanya tanya maid saya kot. Suka borak. Make her feel comfortable dalam rumah tu and bukan macam orang asing. Plus, saya memang tak reti nak marah orang orang susah ni. Rasa macam kesian sebab dah la dia datang jauh jauh menumpang rumah orang nak kerja, cari makan..lepas tu kena marah pulak dengan tuan tuan dan puan puan hadirin hadirat sekalian bila dia buat salah sikit (atau banyak..hehe). Bukan apa, saya fikir sebab dia pun manusia jugak. So saya rasa macam tak baik nak marah marah macam tu. Tegur sikit takpe lah kot. Entahlah. Saya belum mempunyai maid sendiri lagi), anyways.. pastu saya selalu je senyum dekat makcik makcik cleaner kat dalam hostel saya.. dan juga saya selalu senyum dekat kawan kawan saya (yang saya kenal lah).
Haaa...so which part of sombong yang kau maksudkan tuh wahai kawanku? hehee. Cuma aku jarang nak bercampur aduk dengan orang. Senyum memanglah aku senyum. Tapi nak lepak dan bergelak kentut sama sama tu macam agak payah sikit lah dengan orang baru. Dengan cik Siti Nafizatul dan Syarifah Nazirah tu jangan ceritalah. Mereka dah biasa bau kentut saya. haha =P
(Okayyy.. Cik Wani. Please behave. You're being tak senonoh in public. Uk-owww..)

Tapi pastu my friend tarik balik sebab dia kata "Yelahhh. Tu dulu lah wey. Masa aku baru kenal kau kat matrik dulu. Mana la aku nak tau yang kau ni 'boleh bla' rupanya. Ye la, kau senyapppp jer." (Note: boleh bla means boleh masuk/boleh kawan ataupun boleh kawin. haha. JK)

And I said, "Ek elehh..just because aku senyap and pendiam doesn't mean aku sombong! Aku pemalu dowh. Aku kena orang yang tegur aku dulu lah. Sebab nanti aku akan rasa macam malu-sebab-rasa-macam-orang-tu-tak-nak-kawan-dengan-aku-pun-sebenarnya. So sebab tu aku senyap je. There's a fine line between sombong and pemalu, ok! And kalau orang Hye kat aku, aku Hye je lah balik. Kau pun tahu kan, clique aku macam mana. Bukannya anak raja pun. Semua yang jenis rilex rilex je".

And he replied, "Ye lah. Aku tau lah yang kau ok je sebenarnye. And macam tak ada sebab untuk lelaki tak nak kenal dengan kau. Tapi dah kau tanya tadi, aku cakap je lah. Lagi pun aku nak menjawab soalan kau yang sebelum tu.. Tu sebab lah ramai orang takut nak tegur kau, tahu tak? Lagipun kebanyakan lelaki kalau tak kenal dengan kau, kalau tengok kau sekali pandang je, mesti ingatkan kau ni jenis yang social. Jenis yang banyak boyfriend, jenis yang reti bersocial dan bergedik dengan lelaki. Sebab cara kau kot. And lifestyle kau. So tu yang susah tu untuk lelaki yang baik baik nak tegur/kawan dengan kau."

"Whaattt?! Itu ke perception kau kat aku? haha. Aduihh weh. Muka aku jahat sangat ke? And lifestyle akuu?? Amendeee nyeee? Aku tak pernah pulak pergi clubbing. Tak pernah pulak hisap rokok ke apa ke. Keluar malam balik lambat sangat sangat ke. Ngada ngada dengan laki ke. Tak pernah pun. Kawan laki aku pun berapa kerat. Boleh kira dengan jari. Rumah aku siap ada curfew lagi. Aku bukannya jenis wild pun. Sebab apa kau cakap macam tu weh?

"Entah. Cara kau la kot. Cara kau pakai baju. Lifestyle kau. Pastu cam kau banyak pi sana sini so pastu macam nampak social la kot. Entah lah."

"What the hell man! Aku pakai baju kurung pulak pergi kelas. haha. And selama ni aku pakai baju sopan jerrr. Tak lah sopan sangat macam orang lain. Tapi kira tahap sopan lah lagi weh kalau nak banding dengan budak budak lain sebaya kite sekarang nih. Aku takde la sexy pon. Sebab apa kau boleh nak cakap macam tu ek? Sebab aku suka nak gi jalan jalan ke? Alah..jalan mana lah sangat. Setakat pergi mall kau cakap aku social. Aku selalu pergi seorang lah pulak, dowh. Social mende nyee? haha. Ke sebab aku suka fashion? Ye la, dah aku pakai tudung, and I've to admit, pakai tudung memang sangat susah nak nampak lain. And I don't want to be common. Sebab tu aku suka nak pakai macam lain sikit. Cuz I don't wanna look boring and plain. Tapi sumpah aku tak boleh bla dengan statement kau lah weh. Gila stereotype kau ni".

"Takde la. Aku just bagi pendapat aku dari pandangan lelaki tentang kau, kalau untuk orang yang tak kenal kau. Dah la kau tu bukan jenis bersosial sangat. Lagi la orang susah nak tahu kau ni macam mana dowh. Kau ok je sebenarnya. Takde slack pun. Aku pun macam tak percaya and tak paham jugak la asal kau tak ********* ************"

"Ye la. Memang la aku suruh kau bagi pendapat. Tapi takde la, aku just rasa macam takleh bla dowh orang suka judge aku. Aku serious tak kesah lagi kalau orang tu dah lepak borak borak minum teh tarik dengan aku ke apa ke..Ha pastu dia nak kata aku jahat ke aku tah pape ke aku sombong ke apa...Ha then ok la. Adil la. Ni tak. Dari dulu orang kata aku sombong. Pastu bila dah kenal, buat statement: Ehhh youuu macam ni ker? Dia tak tahu aku sebenarnya bangang lagi comel. haha".

"Ha tu lah. Aku rasa kau ni boleh je bla. (What kind of phrase is thiss? haha. Sabo je lah.) Aku rasa kau okay je. Tapi tu lah, masalah kau. Kau ni pemalu sangat. Kau kena bersosial sikit. Kalau tak, orang tak kan tahu kau ni macam mana. Jangan lah jadi pemalu sangat. Tegur je semua orang. Seriously, kau sangat okay".


Haha. Baiklah. Tah la weh. Saya selesa kawan dengan perempuan je kot. Sebab lelaki ni pelik sikit. Heee ;p


Anyways.. we chatted quite long actually. Too many things that he told me. But I can't really write it here. Sebab macam tak sesuai lagi tak sopan untuk tatapan umum. haha

But..what I wanted to stress about here is that..I don't really like it when people always always always misjudged me before they even know me. Sangat selalu. Sampai dah biasa dah dengar. Dan dah malas nak layan.

Ada yang cakap sombong. Ada yang cakap garang. Ada yang cakap err...let's not mention it here. Because I don't like it. Cuz I know I'm not! =P

Tapi bila dah kenal, haaa baru tahu siapa sebenarnya cik Shazwani anak pak Hamid nih. =P
Saya berani cakap macam tu sebab dah ramai dah yang saya dengar.. macam 'terkejut' bila dengar yang rupa rupanya saya macam ni macam tu. (Haha. Gila tak boleh bla. Angkat bakul sendiri! LOL) No..what I actually mean is that I'm not what you thought I am. Bukan la baik mana pun. Tapi bukan jahat either. Senang cerita, I'm normal. Seriously. Macam orang lain jugak. Bangun pagi pagi (atau tengah hari ;p ), dan kalau dah lambat tak payah mandi, tapi kalau sempat ada la mandi dalam seminit ke, lepas tu pakai baju (atau jubah bila dah lambat, sebab kat dalam tu ada baju tidur! LOL), selepas tu lilit lilit sikit tudung saya tu, and then ambil selipar jamban saya dan terus ke kelas, and then tengah hari makan nasik for lunch, lepas makan masuk kelas balik, balik bilik terbungkang, solat, etc etc, lepas tu bila malam sebab ada masa lebih sikit, maka saya mandi pun lebih sikit la dalam 2 minit macam tu. Lepas tu makan malam pulak pergi beli kat mamak ke, yong tau foo Nusaibah ke apa ke, pastu makan dengan cik Nazirah dan cik Nafizatul sambil bergelak ketawa seperti biasa, lepas tu bila rajin, adalah baca buku sikit, lepas tu tidur (Kalau dapat tidur lah. Kalau tak, berangan je lah sampai ke siang. haha). Ha macam tu lah kehidupan seharian saya. haha

Haa... Kan ke normal tuu? Haha normal lah sangat. Orang yang normal bangun seawal 6 pagi tiap tiap hari. Lepas tu mandi at least 20 minutes, lepas tu..err..ntahlah. Tak tahu nak jadi normal. So tak tahu la nak explain. haha =P


But just so you know, I am a very very VERRY pemalu + penakut + tak reti dengan orang yang saya tak kenal. So it's kinda hard for me to start first. Usually, I will become myself when I really really feel comfortable talking to that person. And thissss would take some time. heee. Kalau orang tu jenis berlagak (berlagak in any things. Kaya ke, pandai ke, lawa ke, hebat ke, kurus ke, body hot ke, baju dia cantik ke, handbag dia ada 2 ke, kasut dia ada 6 ke, banyak boyfriend/girlfriend ke, hinglish dia hebat ke, mandarin dia fasih ke, or whatsoever), jenis hidung dia tinggi macam Pinocchio, atau jenis mulut jahat a.k.a suka kutuk kutuk orang/suka perlekehkan orang lain/suka make fun of other people/suka buli orang, ataupun jenis bahasa dia cakap/cara dia cakap macam agak pelik untuk saya dengari,ataupun jenis yang terlalu nerd, ataupun jenis suka menipu, ataupun jenis pilih bulu, jenis suka judge orang..dan sebagainya, maka di situ akan wujud perasaan gentar untuk berkata kata sebab tak reti nak fit in. Maka saya akan diam je most of the time. haha. =P


Apalah yang aku merepek dari tadi ni weh..


Takde, sebab sebenarnya saya tak puas hati kenapa dia cakap saya macam tu. Tu je motif entry ini. Dia orang penting kot. Haih.


Sekian!







XOXO,
Budak tak Sombong.

12 comments :

  1. Hmm..I pun dah biasa orang cop sombong sebab muka i jenis 'muka sombong' kalau tak senyum. And i prefer diam/senyap most of time. But once i bukak mulut, kalau boleh ngam dengan orang tu, memang mulut pok pek pok pek. Heh. For me, i tak rasa u ni jenis wild. Klu i tak kenal & tengok u, i akan rasa u ni jenis snobbish. U know, jenis anak orang kaya yg nk benda high class je & pilih kawan punya snobbish. That would be my 1st impression.Sorry i gotta be honest here. Itu klu tak kenal la. Maybe sbb cara u dressing or ur face kot.Tapi tgk dr cara u blog & Tweet, and i pun dah jumpa u (eventho hanya sekali), u know u are not. Well..mcm kata pepatah, 'tak kenal, maka tak cinta'. :)

    ReplyDelete
  2. tp slalunye org muke sombong tu la yg sgt baik sbnrnye..
    as far as i know la..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. schazwanyhameed mane sombong ah.
    die gedix je.
    gedix terpelihara
    =D

    ReplyDelete
  4. reena: hehee. dah biasa dah dgn that kind of first impression. hehe.
    tapi sometimes i suka gak sbb macam bila org tu kenal dgn i, pastu nnt macam terkejut sbb i bukan yg mcm apa yg dia ingatkan.. eh..apa ayat i ni? huhu..
    haa..tapi mcm tu la lebih kurang

    anyway..bila nk tgk valentines day ni babe?? hehe ;p


    anonymous:ye eh? umm..i tak prasan lg.. sbb i tak penah pulak ada rasa mcm org tu muka sombong pastu terus rasa cam dia mmg sombong.. sbb for me.. tak senyum doesnt mean dia sombong..
    sbb in my case.. jln menonong. selalu tak prasan org n sgt2 blur. so tu yg kadang maybe ada org yg i kenal kat depan i pon i x nmpk..pastu org kata i sombong lah kot.. tatau la..


    aisyah: hye aisyah! gedix terpelihara? haha.
    gedix comel eh? hahahah (sila muntah sekarang!) =P

    p/s: bila nak jumpa weh.. nama je satu U. kita kena jugak2 jumpa b4 grad k!! rindu nk dgr ko gelak!

    ReplyDelete
  5. Eh, typo la plak: *I know u are not.Hehe.Sorry :p I know what u mean yg bab org terkejut tu. Hehe. Valentine's Day? Anytime. I mean, bila i kat KL nnti la. Now kat Png. Hihi.

    ReplyDelete
  6. ape2 pun org ckp psl ko..aku n gegel syg je kt ko..betambah syg lg ade la sbb ko ni lah kwn yg plg bangang+comel+kecoh+manje+klakar yg kitorg kenal..org len yg x bepeluang utk kenal ko mmg rugi..hihi..mwaxxxx....

    ReplyDelete
  7. i pon paham apa maksud u 'terkejut' tu. because i am one of those people yang memang 'terkejut' pun. hihi.

    glad to know u wani.

    u are one in a million. bertuah siapa dapat u.


    -miss g-

    ReplyDelete
  8. ala wani,xpe la org nk ckp sombong. saya pun slalu kena mcm tu.. last2 orang yg ckp sombong tu become my bestfriend. air muka wani kot org ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  9. haha u're soooooooooooo kelakar dan pandai merapu la wani! krem pipi akak sengeh2 baca entry awak ni. well wani, jangan pedulikan sangat cakap org. dia dah takda kerja lain kot nak buat sampai boleh habiskan masa utk judge org lain. dah confident dapat distinction dalam exam kot? just be yourself, and you'll be (eh ke feel? hehe) happy. jgn ambil kisah apa org lain ckp. u know yourself better than anyone else :)

    ReplyDelete
  10. First of all,I really like ur close up photo in this entry.You really look cute ;)
    Mmgla to some ppl,somehow by dressing,facial gesture observed by others take it as sombong.I am one of the them,I have some friends telling me that too before kenal2 jadi kwn2 they think im a snobbish person.dunno y,but mosttly commented because i look serious and jarang senyum and as if there's always something on my mind (which is true i guess).
    We dont have to let those kind of ppl yg strangers get to us sbb we know ourselves better and for friends who matter...wouldn't mind us at all however we are asalkn niat di hati kita baik nak berkwn :)

    ReplyDelete
  11. reena: hehe. okayy! bila u nak balik KL babe? jom la kita lepak2 one day.. heh


    naz: haha. ko rasa camtu ke babe? hehee. comel jek. tp mmg aku hanya boleh jd 110% diri aku bile dgn korg. heee.


    anonymous: ouh.. errr..siapa eh miss G nih? blur skejap..kwn skolah ke? ke matrik? ke uia? hee..saya blur..



    ilyannur: hehe. tu lah. last2 best friend pulak kan? heee ;)




    bluflow: hehe. comel je akak ni! umm..itulah..tak kesah je. as long as i'll be happy n feel happy! LOL ;p


    kak mawar: heee.thanks! itulah, sebab tak senyum org ingat kita sombong.. padahal i tak prasan pon ada org kat depan i. I rabun la pulak! hahah ;p

    ReplyDelete
  12. i dah biasa kena macam you. when people see me normally they will say that oh, i'm sombong. just because you see me when i'm not smiliing, i am sombong? hmm. like reena i tend to diam bila jumpa orang baru kenal tapi bila dah "click" tak reti nak brenti plak bila cakap.

    ReplyDelete

Copyright © 2014 Shazwani Hamid's Blog